Marilah Belajar Menjahit...

"REBUTLAH PELUANG BELAJAR MENJAHIT SECARA PART TIME UNTUK MENJANA PENDAPATAN, PELABURAN UNTUK JANGKAMASA YANG PANJANG"


ANDA TIADA ASAS MENJAHIT PAKAIAN? ANDA BOLEH MENGENDALIKAN MESIN JAHIT PALING MINIMAL? TETAPI ANDA MINAT MENJAHIT!

KAMI DI ASZ DESIGN MEMBERI PELUANG KEPADA ANDA UNTUK MEMENUHI MINAT ANDA DI SAMPING DAPAT MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN


KAMI MENAWARKAN!!

*** PAKEJ PENJIMATAN ***

KURSUS ASAS MENJAHIT PAKAIAN WANITA

PENGAMBILAN BARU UNTUK SESI

OGOS - NOVEMBER 2016


PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG


HARI SABTU 9.30PG - 5.30 PETANG KELAS SEKALI SEMINGGU

HARI AHAD 9.30PG - 5.30 PETANG KELAS SEKALI SEMINGGU

HARI ISNIN DAN SELASA 6.30PTG - 9.30 MALAM KELAS 2 KALI SEMINGGU


TEMPOH KURSUS 14 MINGGU

MAX 6 ORANG SETIAP SESI

★ YURAN PENDFTARAN RM 100

★ YURAN KELAS RM1400


Silibus yang dipelajari bermula dari Asas sehingga menjahit berbagai patern pakaian wanita

Selepas anda boleh menguasai asas jahitan barulah akan di ajar megenai pola dan menjahit pakaian wanita.

Kami melatih anda mengenali dunia jahitan

Jangan risau sekiranya anda tiada asas sama sekali

Antara baju yang akan dipelajari ialah Baju Kurung Asli, Kurung Pahang, Kurung Moden, Jubah/Dress. Baju Melayu

Yang penting anda mesti ada

"MINAT DAN KESUNGGUHAN"


Hubungi

ASZ DESIGN

JALAN PANTAI PERMAI 3, PPR LEMBAH PANTAI, PANTAI DALAM, (JALAN PASAR MALAM) 59200 KUALA LUMPUR.

Tel/SMS/ whatsapp

Pn: Sharipah: 013-394 0994

(Panel Pembangun Modul K-SLDN Untuk Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia)

YURAN PENDAFTARAN SEBANYAK RM100

SILA BANK-IN KEDALAM AKAUN MAYBANK 164388505471 SHARIPAH BT HARUN

HANTARKAN BUKTI PEMBAYARAN KEPADA SAYA

HARAP MAKLUM:

YURAN PENDAFTARAN TIDAK AKAN DIPULANGKAN SEKIRANYA ANDA TIDAK MAHU MENGIKUTI KURSUS YANG DITAWARKAN

YURAN PENDAFTARAN AKAN DIPULANGKAN SEKIRA PIHAK KAMI YANG TIDAK DAPAT MENGANJURKAN KURSUS-KURSUS INI

Sunday, November 9, 2014

Kelas Jahitan ASZ Design, Dari menjahit Sample Sehinggga Mejahit Baju

Assalamualaikum kepada pembaca blog ASZ Design

Dah lama saya tidak meng"Update" cerita baru dalam blog ni, sbb info ASZ Design
boleh di ikuti di Face Book ASZ DESIGN

Boleh ikuti perkembangan di FB dan juga di sini

Para pelajar saya semua sudah melepasi fasa menjahit semua sampel-sampel jahitan menggunakan kain putih. Sekarang  dan minggu-minggu seterusnya akan menjahit berbagai-bagai patern pakaian wanita

Untuk kali ini saya menambahbaikan silibus yang sedia ada kepada sesuatu yang lebih praktikal
dari segi keusahawanan dan keyakinan diri

Setiap pelajar wajib menyiapkan pakaian sesama pelajar sebagai keyakinan diri untuk menjana pendapatan walaupun sejurus selepas tamatnya kursus ini.

Mereka akan menjahit pakaian bermula dari proses megambil tempahan, mengambil ukuran, melukis pola mengikut rekaan pelanggan, memotong pakaian, menjahit sehingga siap dipakai oleh pelanggan

Saya tahu ramai yang merungut mengatakan bayaran yang dikenakan agak di luar kemampuan mereka.

Dan saya juga tahu ada meraka yang memikirkan imbalan yang akan diperolehi selepas mengikuti kursus ini. Jadi mereka akan mengikuti kursus ini sehinggga tamat.


Saya tidak menjanjikan semua yang datang belajar akan memperolehi semua yang saya ajar

 TETAPI setiap setiap ilmu yang dipelajari perlu kepada amalan dan latihan umpama "ILMU TANPA AMAL IBARAT POKOK TANPA BUAH"

Kita tidak boleh berbangga dengan tingginya pelajaran kita tetapi ilmu Jahitan akan tercapai dan berkembang dengan banyaknya amalan dan latihan.







Sebahagian sampel jahitan Dari kain Putih


       Pengambil nota di dalam kelas                                           Mengambil Ukuran Sesama Pelajar



Mengambil Ukuran Sesama Pelajar



 Melukis Pola di atas kertas Minyak



 Melukis Pola di atas kertas Minyak


Menggunting Pakaian



Menyiapkan Jahitan

Contoh  Baju Yang berjaya  Di Jahit Oleh Pelajar 
Kursus Asas Jahitan ASZ Design


Untuk Pelajar Sesi Baru Januari 2015 Sedang Di buka

Daftar Sekarang Untuk Mendapat kan tempat Anda kerana
Pengambilan yang terhad untuk menjamin kualilti anda

Saturday, August 23, 2014

KELAS TAMBAHAN 23 OGOS 2014

Assalamualaikum

Hari ni ada Kelas tambahan,  haaaa macam sekolah pulak!!

Ye la, sebelum sesi tamat Mei lepas, dia orang ni ada hal yang  tak dapat dielakkan. Jadi tak sempat la nak menghabiskan
Silibus yang diajarkan tu, so kena la datang kelas tambahan.

Saya akan pastikan setiap pelajar saya akan habiskan silibus yang telah ditetapkan, itu adalah iltizam saya untuk menyebarkan ilmu jahitan kepada yang mengikuti kelas saya.
Sekiraya beberapa notis panggilan di beritahu masih tidak dapat datang, saya berlepas tangan dihadapan Allah kerana saya sudah menyiapkan tugasan saya dan janji saya untuk menyampaikan ilmu Allah yg maha luas ini.

Kepada yang sudah menghadiri kelas ini diharap pergunakanlah ilmu ini dengan semaksima mungkin

★ Silibus terakhir menjahit koler baju melayu

Shila dah ambil tempahan untuk hari raya tahun ini

Aida berjaya juga menghabiskan silibus selepas
berbagai-bagai halangan


♥  In Sha Allah kelas sesi September akan bermula pada 6 SEPTEMBER 2014 ini ♥

SELAMAT DATANG KE
KELAS JAHITAN ASZ DESIGN. 

Tuesday, June 24, 2014

Pendaftaran Baru Untuk September 2014


Assalamualaikum,

Kepada semua pembaca blog ni, saya ingin mengucapkan
Selamat menyambut Ramadhan Almubarak,
Moga ramadhan kali ini lebih baik tingkatan Amalan dari tahun-tahun yang sudah berlalu.

Alhamdulillah,  peserta kursus untuk sesi September 2014
Hampir penuh.
Hanya 1 kekosongan untuk sesi hari Sabtu dan
             1 kekosongan untuk sesi Isnin dan Selasa

Kepada yang telah mendaftar terima kasih kerana memilih
ASZ DESIGN sebagai langkah pertama mengenal dunia jahitan.
Insya Allah saya cuba memberi yg terbaik kepada anda semua.

Kepada yang ingin belajar,  usah ditangguh niat yang murni itu.
Menuntut Ilmu adalah satu pelaburan jangka panjang.

Akhir kalam kepada pelajar saya yang sudah tamat,  buatlah latihan kerana "Ilmu Tanpa Amal ibarat pokok yang  Tidak berbuah"

Saya pasti anda sedang sibuk menyiapkan baju sendiri,  saudara mara dan rakan rakan anda. Bertatih lah sebelum anda berjalan dan berlari. Tahniah untuk diri anda sendiri!

Sekian sehingga jumpa lagi.



Thursday, May 29, 2014

BERAKHIR KELAS ASAS MENJAHIT PAKAIAN WANITA SESI JANUARI 2014

Assalamualaikum semua

Kelas ASAS MENJAHIT PAKAIAN WANITA sudah sampai kepenghujung nya!

Terima kasih kerana memilih Asz Design sebagai langkah
Permulaan untuk melangkah ke dunia jahitan.

Ilmu yang diberi kan tidak boleh di nilai dengan bayaran yang telah anda keluar kan kerana ILMU adalah PERCUMA

ILMU UNTUK HAK ALLAH

Dia akan memberikan kepada sesiapa yang BERUSAHA untuk mendapatkannya

Bayaran yang kalian keluar kan hanya untuk membayar
Khidmat saya kepada kalian. BUKAN untuk membayar ILMU itu

Saya cuma  berharap dan berdoa semoga ilmu di pelajari dapat dimanafaatkan dengan sebaik-baiknya.

SEMOGA KEPAYAHAN DAN KELELAHAN ANDA MENUNTUT ILMU MENDAPAT PAHALA FI SABILLILLAH. Aameeen.

Saturday, May 3, 2014

MINGGU-MINGGU MENJAHIT BAJU-BAJU SENDIRI

Assalamualaikum

Lama dah tak update blog ni....

Tak lama lagi kursus bermula Januari lalu

akan sampai ke penghujung nya...

Tapi sekarang ni belum hujung lagi.....

Pelajar tengah sibuk jahit baju sendiri sebab

Nak tempah pun tempahan dah banyak yg

Dah di tutup






Bersama blaus berkoler yang dah siap


Sedang menjahit koler blaus
             

















Dah siap di pakai,  tak sempat tunggu
Hari Raya, tak ape, nanti boleh jahit yang baru
Dah siap, tapi patung pakai dulu...
Lepas ni boleh la Hidayah pakai



UNTUK PENDAFTARAN SESI SEPTEMBER
DI BUKA  SEKARANG
SMS/TEL/WHATSAPP   013-394 0994

Sunday, April 13, 2014

MINGGU MENJAHIT BAJU KURUNG MODEN DAN DRESS LABUH

Assalamualaikum semua,  sihat2 semua didoakan

Sekarang ni dah menjahit baju yang sebenarnya

Sebelum ni jahit semua menggunakan kain putih

Yang kain putih tu semuanya untuk sample sahaja

Bila dah lupa nanti boleh la belek2 semula.

2 Minggu ni minggu untuk baju kurung moden
dan dress empire cut

Tak payah tempah lagi sebab kedai jahit pun dah tutup tempahan




Sedang melukus pola baju kurung moden


Ha, penuh berhati-hati memotong kain


Sempat lagi berpeace2 bagai,
Menjahit ni kena ceria, baru seronok tak stress


Menjahit leher baju dan menyiapkannya



MINGGU NI DAH DAH MULA MEMOTONG
DRESS EMPIRE CUT



Melukis pola dress empire cut

 

















Tengah memotong dress empire cut






Persiapan untuk menyiapkan dress masing2

Yang lain-lain tu boleh la siapkan di rumah yer!

Sebab minggu ni kita nak jahit baju lain pulak

KEPADA YANG TELAH MENDAFTAR 
TERIMA KASIH KERANA ANDA INGIN MEMAJUKAN DIRI ANDA
DENGAN MENUNTUT ILMU KEMAHIRAN SEPANJANG HAYAT

KEPADA YANG BELUM DAN INGIN BEBUAT DEMIKIAN
SILA DAFTARKAN DIRI ANDA

UNTUK SESI SEPTEMBER INI 
SESI ISNIN DAN SELADA PETANG ADA 2 KEKOSONGAN
UNTUK SESI SABTU MASIH TERBUKA

SAMPAI JUMPA LAGI, INSYA ALLAH. 




Monday, March 31, 2014

MINGGU YANG DITUNGGU-TUNGGU - MENJAHIT BAJU SENDIRI

Assalamualaikum dan jumpa lagi.....

Minggu ni dan minggu- minggu mendatang dah mula menjahit
baju sendiri....

Siapkan bahan-bahannya dan projek akan bermula dari sekarang!


Minggu ni kita belajar menjahit baju kurung moden



Mengambil nota 

Persiapan nak lukis pola

Pola yang telah siap dilukis

Memotong pola

Mula memotong kain untuk baju kurung moden

Masing2 tekun menyiapkan pemotongan kain


Selepas ini proses menjahit baju dan kain pulak.....


Oleh kerana semua kerja teknikal telah di pelajari semasa pembelajaran
menggunakan kain putih dahulu, kini semua teknik-teknik itu akan digunakan
bila menjahit baju yang sebenar.

Sekarang cuma perlu mereka paten baju dan diterjemahkan
dalam bentuk pola dan menjahit baju sahaja.

Alhamdulillah,  nampaknya semua student memahami
bahasa-bahasa jahitan setelah 2 bulan belajar dari Asas.

Jadi kepada yang masih ragu-ragu untuk belajar menjahit,
silalah daftarkan
diri anda untuk sesi SEPTEMBER 2014 ini!
"TEMPAT TERHAD"

Hubungi:  ASZ Design  0133940994






Thursday, March 20, 2014

PROJEK TANGAN (SAMBUNGAN)

Assalamualaikum....
Jumpa lagi,  minggu ni dah habis bahagian sampling kain putih
Ada 1 projek lagi guna kain putih, tu dah hujung2 nanti...



Jahitan untuk kedutan dibahu


Menjahit kaf di hujung tangan


Menjahit binding dihujung tangan


Berbagai-bagai paten tangan yang dipelajari


Menyambung tangan rata ke baju


Menyambung tangan puff ke baju


Insya Allah coming week dh nak jahit baju sendiri

Jangan lupa masing2 bawak alatan2 yang diperlukan

Untuk Pendaftaran sesi bulan September ini
Hubungi pn. Sharipah di 013-394 0994

Jangan lupa Like ke facebook
Asz design





Friday, March 14, 2014

Projek menjahit Baju (Bahagian Tangan)

Assalamualaikum,  semua sihat2 belaka, jaga kesihatan keluarga, cuaca panas berjerebu, pesawat MH370 masih hilang.
Apa2 pun hidup mesti diteruskan, apa yang Allah turunkan sekadar menguji keimanan orang2 yang beriman dengan hari Akhirat.

Kita sambung projek minggu lepas, minggu ni ada yang mula, ada yang sampai pertengahan. Mai kita tengok projek kita yang dah sampai ke hujung2 ni, pas ni bolehla pi cari kain nk buat baju projek dan baju raya.


Melukis pola-pola tangan
Ada beberapa jenis tangan yang akan dipraktikkan


Memotong pola tangan


Karbon bila dah siap dipotong


Semua pelajar sudah familiar
dengan mesin jahit masing2


Membuat kedutan pada hujung tangan

Belum siap lagi ni.....


Yang ni dah siap....
Salah satu dari paten yang dipelajari...

Lebih kurang dua bulan lagi kelas akan tamat...
Selepas ni dah nak jahit baju sendiri. 

Kelas akan bercuti selepas sesi ni....
Nak siapkan tempahan untuk Hari Raya..

Kelas akan bersambung semula untuk sesi baru
September ini.

Pendaftaran dibuka SEKARANG. 

Hubungi: Pn. Sharipah 013-394 0994

Sampai jumpa lagi, terima kasih kepada yang telah mendaftar.




Thursday, March 6, 2014

Sambungan Dari Minggu Ke7

Assalamualaikum

Sikit lagi sambungan dari minggu yang lalu.....


Skirt semua dah siap jahit...

Band pinggang pun dah siap,

Siap la skirt yg di pelajari...



Bahagian hadapan skirt ketat



Bahagian belakang/zip belakang


Antara jenis-jenis pinggang yang dipelajari

Sambungan ke silibus baru minggu ke8

Bye......Assalamualaikum